Hari Minggu Biasa Ke-enambelas

Hari Datuk Nenek - Pewarisan Iman "dari generasi ke generasi." (Lukas 1:50).

Pewarisan Iman “dari generasi ke generasi.” (Lukas 1:50).

Timotius, “anak yang dikasihi dan yang setia dalam Tuhan” (1 Korintus 4:17) St. Paulus, menemani dan membantu St. Paulus dalam perjalanan dakwahnya yang kedua (Kisah 16:1-4, 17:14-15) dan ketiga (Kisah 20:4).

St. Paul memberi pujian kepada Lois, nenek Timotius, dan Eunike, ibu Timotius kerana menyampaikan iman mereka yang tulen kepada Timotius. “Saya ingat iman kamu yang tulen, kerana kamu berkongsi iman yang mula-mula memenuhi nenek kamu Lois dan ibu kamu, Eunike, dan saya tahu bahawa iman yang sama terus kuat dalam diri kamu.” (2 Timotius 1:5).

Hari ini, Hari Datuk Nenek, bersama St. Paulus, kami mengucapkan terima kasih, menyerlahkan dan menghargai peranan penting Datuk dan nenek untuk membantu ibu bapa mewariskan iman mereka yang tulen dan kuat kepada Cucu-cucu mereka.

Doa Syukur

Ya Allah, kami bersyukur kepada-Mu dengan sepenuh hati kami untuk datuk nenek kami.

Dalam membantu ibu bapa mewariskan iman yang tulen dan kukuh kepada Cucu mereka.

Kurniakan Datuk Nenek kita Bahagia Panjang Umur bersama.

Mempunyai kegembiraan yang memuaskan melihat anak cucu mereka. Amin.

“Bapa boleh memberikan anak-anak mereka warisan rumah dan harta, tetapi hanya Tuhan yang dapat memberikan isteri yang memahami.” (Amsal 19:14).

Paderi Paroki Augustine Wong

Paderi Paroki Augustine Wong

Paderi Paroki Augustine Wong sudah pencen, beliau pernah menjadi paderi paroki ini selama 8 tahun. Sekarang beliau meluangkan masa lepang untuk menulis refleksi Injil supaya boleh membantu umat-umat untuk memahami belas kasihan Tuhan Yesus kepada semua manusia.

TENTANG PADERI PAROKI KAMI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Church of The Holy Name of Mary is a Roman Catholic Church situated at Permatang Tinggi. Our mission is to spread the kingdom of God to all people.

Socials