DOA SEBAGAI PILIHAN UTAMA, BUKAN KEPUTUSAN TERAKHIR
“Setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya; dan kepada setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibukakan.” (Matius 7:8).
Suatu hari, aku bangun dengan sakit kepala. Aku berjalan sepanjang hari dengan sakit kepala yang mendera, menceritakan kepada setiap orang yang aku temui tentang betapa buruknya perasaanku, sampai akhirnya aku menyedari bahawa sepanjang hari itu aku mengeluh dan tidak pernah meluangkan waktu untuk sekadar berdoa dan meminta Tuhan menghilangkan rasa sakit itu.
Sayangnya, tindak balas seperti itu cukup biasa bagi sebahagian daripada kita.
Kita mengeluh tentang masalah-masalah kita dan menghabiskan sebagian besar waktu kita mencuba mencari cara untuk memecahkannya. Kita sering melakukan segalanya kecuali satu hal yang diperintahkan dalam firman Tuhan: Minta, agar kita menerima dan sukacita kita penuh. “Hingga saat ini kamu belum pernah minta apa-apa demi nama-Ku. Mintalah, lalu kamu akan menerimanya, supaya kegembiraan kamu sempurna.” (Yohanes 16:24).
Syukurlah, Tuhan Yesus Kristus ingin menyediakan setiap keperluan kita. Kita memiliki hak istimewa yang luar biasa untuk “meminta dan menerima”, dan kita harus selalu berdoa sebagai tindakbalas pertama dalam setiap situasi.
Doa Syukur
Tuhan Yesus Kristus,
Aku bersyukur.
Dalam segala hal, apa pun keadaannya.
Aku berkeinginan menjadi orang yang paling bersyukur,
dan aku memohon kepada-Mu untuk membantu aku mencapai tujuanku.
Amin.
Paderi Paroki Augustine Wong
Paderi Paroki Augustine Wong sudah pencen, beliau pernah menjadi paderi paroki ini selama 8 tahun. Sekarang beliau meluangkan masa lepang untuk menulis refleksi Injil supaya boleh membantu umat-umat untuk memahami belas kasihan Tuhan Yesus kepada semua manusia.
Church of The Holy Name of Mary is a Roman Catholic Church situated at Permatang Tinggi. Our mission is to spread the kingdom of God to all people.